Rahsia Solat Di Awal Waktu Menurut Fenomena Perubahan Warna Alam
Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap
melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang
tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam
spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang
kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru
muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan
jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga
daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat
diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga
alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap
oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke
warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya
waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan
hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai
rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan
atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut
ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah
kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang
merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang
kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah
ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis
pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna
merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam
berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini
menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan
dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu
berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali
pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu
kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas
hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam
menghadiri kelas taichinya
No comments:
Post a Comment