Monday 16 April 2012

CARA ELAK NGANTUK


mengantuk dalam kelasMengantuk amat biasa dikaitkan dengan pelajar. Berlaku pada semua peringkat sama ada sekolah rendah, menengah dan universiti. Mengantuk juga berlaku tidak kira masa. Ada pagi, tengahari dan petang. Walaupun tidak berlaku kepada semua pelajar, namun masalah ini perlu segera diatasi.

Tips Elak Mengantuk Ketika Belajar

Basuh muka. Ini perkara asas biasa dilakukan pelajar. Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka.

Tidur awal. Masalah mengatuk kerap dikaitkan dengan tidur lewat. Berjaga sehingga lewat malam memang menyebabkan mengantuk pada siang hari. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya.

Buat senaman ringan. Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Buat dalam 5-10 minit sahaja. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk.

Tanya soalan. Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Biasanya, jika bercakap akan hilang perasaan mengantuk.

Minum air masak. Air memberi tenaga kepada badan yang letih. Minum airdapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan.

Menjaga makanan. Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas. Makan secara seimbang dan sederhana.

Duduk dengan betul dan jangan meletak kepala di atas meja.

No comments:

Post a Comment